Monday, March 22, 2010

lembab ah kau!

window vista business original + adobe photosop CS3 pirate = laptopjadilembabmcmharamjadah


header baru lagi..ramai ckp header lame mcm gadis..


tadi godeh laptop jumpe pic lame..teringat pic ni sbb ade makcik tegur 'nk balik kg ke'..alaaa makcik..ni beg camera versi gedabak sbb dlm tu mcm2 brg milik enchik najib ade..

memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Thursday, March 18, 2010

TAG

cik ana aka syikin telah tag aku..memandangkan td aku telah pow tongkat ali milik zack..so bole la lyn sbb x mantok lg..

10 perkara tentang diriku

1. kawan2 aku panggil aku owh..contoh nak sebut : owh..cantiknya skirt singkat awak..nmpk bulu betis..

2.aku maseh bujang dan tidak merokok, namun terkadang melayan sisha. sbb tu aku pantang tgk ashtray kat meja stadi aku. nk penampar siam?

3.aku rajin mengemas rumah dan memasak. kdg2 lan, osmate aku balik umah tgh hari da ade lauk terhidang. beliau akan menjerit..ini baru hao liauuuu..

4.penampilan aku mmg selekeh dan tidak terurus. tak pkai myk rmbut dan pencuci muke. perfume jauh skali. tp ubat ketiak mesti la pkai. body odor tu pnting. t-shirt ade selai je ngn suar jeans mase first year dlu. cik pipi labuh yang pedih mata tgk aku mcm tu lantas memborong baju2 dan suar2 yg santekkkk...dan dia juga bagi aku masker keluaran cosway..adoiya..

5.aku seorang pelajar yang sengkek kerana duit mara maseh belom lulus. pelajar master tanpa duit ibarat kamen rider tanpa belalang tempur. so aku terpaksa wat keje part time di bukit damansara demi sesupa sarapan di McD.

6.mak aih..baru no 6 ke..

7.aku menyampah tdo ngn en syawal bila die mimpi ape tah die gesel2 gigi2 die smpai mengeluarkan bunyi yang seriau dan ngilu hingga terpacak bulu peha. tp memandangkan x lama lagi beliau akan beli satria neo so aku terima dengan redo ujian ini demi meraih hati beliau.

8.aku suke kucing namun tok mama iaitu jiran di ground floor dan jiran yang paling otai kat cni awal2 da warning jgn gatal2 ketiak nk bela kucing...aku x sukeee.....kate beliau. tp tok mama sgt baik..slalu panggil aku ajak mkn kat bwh sambil ditemani oleh cucu beliau yang maseh sunti.

9.aku bercita2 utk menjadi seorang lecturer, seorang pereka grafik, seorang jurugambar, seorang engineer, seorang perunding projek dan seorang guru. huh..tamak haloba sungguh aku.

10.aku ade 14 orang anak sedare. ckup utk menubuhkan 2 buah team futsal ataupun sebuah team boria yang bertemakan 1Malaysia.




memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Wednesday, March 17, 2010

selamat tunang abg peace!

13 Mac 2010 hari tu abg aku telah selamat menjadi tunangan orang. tunang abg pis adalah orang sabak bernam. aku igtkan sabak bernam tu dekat je..tp mak aih jenuh jalan x sampai2. da la GPS mcm ape tah. bg direction salah. rombongan kami adalah sebanyak 7 buah kereta menuju ke rumah pihak perempuan.




dengan ketiadaan speedlight sb900 pujaan hati, sesi amek gambar menjadi sangat mencabar kerana suasana sekeliling pelamin yang agak gelap. so aku terpaksa bergantung pada flash camera yang menghasilkan bayang2 di belakang objek. aku sebolehnya mengelak utk menggunakan iso yang tinggi bagi mengurangkan noise. aku jgk sukar utk mendapatkan angle yang sesuai sbb camerawomen yang diupah mcm ssh je nk bertolak ansur. aku mintak tepi sket tp die wat dek je. tp xpe..bile cabaran makin tinggi, byk yg kite bole belajar.


ini pulak ialah isyraf harith dengan pelampung ketiak beliau. pada awalnya die sgt excited nk mandi tp last2 takut nk masuk kolam dan hanya berpaut pada mummy beliau.


kebosanan melanda apabila suasana hotel politeknik sabak bernam yang sungguh sunyi pada waktu malam. aku turun bwh dengan harapan ada permandangan lampu yang cantik utk try2 wat slow shutter. tp yang ada just lampu neon tepi jalan di sebalik tasik. so layankan je..walaupun simple, tapi hati tersentuh dengan keindahan alam ciptaan Tuhan..



memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Tuesday, March 16, 2010

berkatnya alam dirahmat!

Siang tadi berlangsung acara perarakan MaulidurRasul peringkat UniKL-BMI. Wakil dari PSSCM tak ramai yg dpt join sbb ada urusan2 lain yang perlu diselesaikan. Pun bagaimanawalau, syabas di atas penyertaan ini. Jom layan gambar2 sekitar perarakan tersebut.





panas terik..tp seronok..



amanat oleh YDP



tempat berkumpul



sepanduk



(TELAH DIREMOVEKAN ATAS ARAHAN YDP)

aksi bebas


lelaki sekalian


wanita sekalian


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Wednesday, March 10, 2010

shell v-power

hari ni awal2 lagi aku da siap2 nk g opis. baru je nk gerak then terperasan minyak da berada di bawah tahap kecederaan maksima. so aku singgah shell MRR2 utk bagi minum kat belalang tempur aku ni. pastu baru teringat org ckp minyak merah v-power ni sangat power rangers..dan berlakulah perbualan mesra remaja antara aku dan bangla pump station.

aku : minyak merah full tank..

bangla : baik abang..

aku : jgn bagi melimpah..kang kene cover set..

bangla : baik abang..

aku : kalau melimpah aku tanak bayar..

bangla : baik abang..

aku : ko ni baik..baik..ko paham x ni?

bangla : baik abang..

aku : haih..da bape lame keje kat malaysia?

bangla : baik abang..

aku : binawe..

pas pnuh tank..aku pun test ride belalang tempur aku..wow..bese kalau minyak kuning bole pegi 140 km/j je..tp minyak merah ni bole pegi 160 km/j..power..tp laju je meter minyak turun..mcm air..dan selepas itu sisa2 perjalanan aku tempuhi dengan 80km/j sahaja..

Sunday, March 7, 2010

solomon kane

baru je pas layan solomon kane. cite ni mengisahkan seorang kapten yang jahat dan noti ingin kembali ke pangkal jalan setelah menemui cahaya keinsafan. seb baek da bli tiket sehari awal kalau x sah2 aku kene g mid valley bawak tilam,bantal serta teddy bear yang beliau bagi. orang bratur da mcm ular kene sembelit aku tgk. ni aku nak bg kredit pasal cite tu. layaannn..

jalan cerita : perlahan keperlahanan

cgi : bole tahan

aksi lawan melawan : cool

watak dan perwatakan : sedang2

heroin : xhot langsung

bintang keseluruhan : 6/10

solomon kane : bukan cerita pasal seorang duda


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Saturday, March 6, 2010

maafkan aku

ini adalah kali kedua.. maafkan aku mengulangi.. bukan bermaksud untuk tidak mengerti kehadiranmu.. bukan bermaksud memijak perasaanmu.. jauh sekali untuk memijak dirimu.. maafkan aku....... siput babi..semoga engkau abadi di sana...


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Thursday, March 4, 2010

header baru

tukar header la pulak..bosan da yg dlu

sape x suke sila benci

sape suke sila blanje secret recipe


software : adobe photoshop CS3

tempoh nak siap : 10 minit



memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Wednesday, March 3, 2010

24 jam

sekarang aku betul2 sebok..dan selalu terlintas 'alamak..xckup masa'..tp kita lupa tuhan kurniakan kepada kita 24 jam sehari..dan itu adalah cukup utk segala2nya..cuma aku je yang konfem xpndai nak bagi masa..

smalam inchik apip call dan bertanyakan tentang design kampeni beliau..aku pun dengan kelam kabutnya tersasul 'alamak...lupa'...so berbekalkan semangat ala kadar dan idea yang tawar ceroi lantas aku memulakan sesi design mengdesign dengan perasaan yang langsung tiada berahi.

setelah 2 3 kali tgk..aku dapati design ni langsung xleh blah..xpe..esok aku send dlu kat beliau then aku buat laen.....kot...



memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.