Tuesday, June 23, 2009

an empty feeling

Dulu mase form 4 ak mmg jnis yang liat nk stadi. yg aku taw bila tiba utk kelas prep mlm, aku akan ke kelas sebelah sbb aku mmg suke kacau sorang awek ni. Die tersangatlah cantik dan tersangatah pemalu. Walaupun da agak lama berkawan, dia masih malu2 utk keluarkan walau sepatah perkataan. bukan dengan aku je, malah dengan budak2 laki laen pun die mcm tu. mmg tersangat susah utk cari perempuan yang macam ini..kan? Dia sangat2 baik..dan aku masih igt di saat2 akhir nak habes form 5, dia ada bersembang ckit ngn aku. dia ada bercerita pasal family dia..dan abang dia..dan sebagainya. perbualan tu singkat saja..dan itulah kali pertama dan kali terakhir aku sembang ngan dia sebelum kami semua budak2 form 5 abes sekolah dan membawa haluan masing2.

Pagi tadi Najib ada call aku tnye.. ' Ingat lg x Wan Siti Farihan?..hmm..mestila aku igt..seorang gadis yang sangat baik dan cantik..walaupun da 6 tahun, aku maseh igt lg muka dia.. ):

KUALA LUMPUR 23 Jun — Seorang pelajar wanita ditemui mati berhampiran tempat meletak kereta di Kolej Kediaman Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pagi ini. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata mangsa, Siti Farihan Mohd Hassan, 23, ditemui tertiarap oleh seorang tukang sapu kira-kira 7 pagi.

“Seorang tukang sapu yang kebetulan sedang membersihkan kawasan itu ternampak mayat Siti Farihan sebelum menghubungi polis. Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat. Dia dipercayai terjatuh dari beranda biliknya yang terletak di tingkat empat bangunan lima tingkat itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis tidak menemui sebarang kesan geledah di bilik mangsa dan polis juga telah mengambil keterangan dari rakan sebilik Siti Farihan. Mangsa yang berasal dari Kelantan ialah pelajar peringkat sarjana jurusan Sains Kimia. - Bernama

Wan Siti Farihan, semoga roh-mu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin..

Wednesday, June 17, 2009

award

hai korang..ape cite?lame x dengar khabar korang sume..harap2 sumenye sehat2 dan berada dalam rahmatNya..

Aku baru je pas tengok cite Blood : The Last Vampire..so ni aku nk bagi anugerah Oscar kat cite ni..

gambar : boleh tahan dan kadang2 wujud unsur menyampah
watak dan perwatak : complicated tahap 1
efek CGI : haram jadah
aksi lawan-lawan : ala-ala 300 tp x bape jadi
keseluruhan : membazir duit mak bapak dan juge MARA kalau tgk cite ni

Skrg ni pasal award yang diberi oleh Enchik Capril..die soh amek so aku rembat je la..tengs capril utk award neh..nnt aku blanje teh o suam kat restoran lidah berdenyut..pelik kan name kedai tu..





memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Tuesday, June 2, 2009

perayaan 44 TAHUN

Berakhir sudah perayaan 44 tahun PSSCM yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu. Perayaan kali ni agak best sebab sronok tengok kwn2 dari BMI sudi datang ke Terengganu..Penginapan yang disediakan oleh pihak urusetia di Universiti Darul Iman Malaysia sangatlah memuaskan. Dah mcm kondo dah aku tgk. Abang Z a.k.a penyelia kelas latihan Unikl BMI pun mcm excited je dtg cni Abis program beliau terus pecut g candat sotong. Sronok jugak sebab bole jalan2 ngn dieorang walaupun driver bus yang disewa khas sangat banyak songeh dan kuat mengeluh. Kadang2 rasa macam nak bg siku pun ada. Hari terkahir selepas penerimaan sijil rendah, kami ramai2 pakat g Taman Tamadun Islam. Walaupun aku ni orang Terengganu, tapi aku x penah lg smpai sini. So sgt best bile first time dtg sini dgn kawan2 BMI yang memang havoc dan happening. Aku sebagai jurugambar langsung tak bertauliah telah menugaskan diri aku sendri untuk mengambil gambar. Terima kasih buat saudara Basit sebab sudi bg tunjuk ajar camne nak pakai SLR. Dieorang da bertolak balik ke KL pkul 10 mlm. Bosan lak bile dieorang dah blah. Hmm..rindu la pulak kat Jassemah si pipi labuh..Papepun, secara keseluruhannya, perayaan 44 tahun telah berjalan dengan lancar dan gemilang. Tahniah dan syabas buat tenaga kerja Perayaan 44 tahun PCCM di Terengganu.


mukah dan sampin [klik utk besarkan]

eddi kesepian [klik untuk besarkan]

panglima ajek [klik utk besarkan]

dewan UMT [klik utk besarkan]

masjid kristal [klik utk besarkan]

miat gampang [klik utk besarkan]

ewan dan hanis [klik utk besarkan]

pipi labuh tayunk toink2


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.