Thursday, December 31, 2009

horror vs chuak

malam smalam aku telah diminta oleh enchik botak supaya mengajar beliau cara2 membawa kereta setelah beliau mengomel cara enchik syawal ajar xboleh pakai dan ssh nk paham. oleh yang demikian, bertempat di perkarangan kedai2 di wangsa maju suburbun city berhampiran NZ bawah, bermula acara membawa kereta pada jam 2 pagi.

enchik ferdaus : ok...masuk gear 1, lepas clutch dan tekan minyak slow2..

enchik botak : ok..ok...

enchik ferdaus : ok..skrg tekan clutch then masuk gear 2..

enchik botak : ok...eh..pesal kete gegar neh..

enchik ferdaus : bodoh..tu gear 4!!..tolak atas drop gear 3 then kiri utk drop gear 2..

enchik botak : ok..ok.. (sambil bawak laju)

enchik ferdaus : slow la bongok..yang ko bantai laju2 time kona watpe..slow...slow!!!..

sesi pembelajaran berakhir jam 3 pagi..nasib baek segala mak nenek lubang dan bumper tidak diredah oleh beliau. dan selepas ini pasti aku solat taubat dlu sebelum kembali mengajar beliau.


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Tuesday, December 29, 2009

THALASSEMIA

Thalassemia is an blood disorder passed down through families (inherited) in which the body makes an abnormal form of hemoglobin, the protein in red blood cells that carries oxygen. The disorder results in excessive destruction of red blood cells and anemia.


Itu adalah maksud talasemia yang aku jumpa dalam internet. Pada awalnya aku agak ragu2 apakah itu talasemia dan apakah efek2 yang menakutkan kesan daripada talasemia.Dlu penah gak tgk iklan pasal talasemia kat tv..tp aku maseh blur.

Aku call Danial utk tanya pasal talasemia sbb beliau pernah wat thesis pasal blood. Beliau menerangkan dengan panjang lebar..pasal kromosom la yang memang haram ssh aku nak paham.

kenapa dengan talasemia?

pipi labuh call aku memalumkan beliau adalah suspek pembawa talasemia major.agak xsdp ati aku dengar penjelasan itu.huh..



memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Thursday, December 10, 2009

kerja

sedang aku seronok2 baring sambil membayangkan aku sedang memandu civic type R, tiba2 ada sms smpai..pipi labuh yang anta..

' logo da siap?janji nk tolong watkan..'

alamak..lupa..beliau mintak tolong watkan logo kampeni utk esemen beliau..so dengan pantasnya aku bukak lappy kesayangan dan buat logo pakai potosop..walaupun simple dan x santek..tp..xkesah la kan.. ;)


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Tuesday, November 10, 2009

25.10.09

selamat ulangtahun..sori terlambat edit pic

mmuahxs

sayang kamu


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Monday, November 9, 2009

sangat fobia dengan 4bia

taktala setelah penat mencari rezeki sampingan dengan menjadi part timer data entry di dang wangi, aku teringat malam ni da janji nak tengok wayang 4bia 2sama2 ngn budak2 gems yang seramai 20 orang kurang lebih. maka setelah habes kerja jam 10 malam, aku bergegas pulang ke rumah ngn syawal. sampai rumah..baring2 jap..mandi..solat..then pkol 11.40 mlm kua rumah ngan syawal ngan zack.

aku : giler lambat dah ni..sempat ke nk smapi mid ni..wayang pkol 12.15..

syawal : tah la..redah je la..

maka..kami pun pecut dengan menggunakan moto modenas enjin i-vtec dengan enjin kancil syawal dan diekori oleh zack yang menaiki honda wave vvti 250 CC. setelah mengharungi perjalanan yang ngeri sebab moto xde break dan xde roadtax selama 30 minit..kami pun smpai di mid valley..

dan..gile ramai orang..semua bersesak2 kat pintu masuk..aku pun pelik..da mcm orang nk tengok bola kat stadium..dan setelah bersesak2 dan bergesel2 akhirnya kami berjaya sampai ke barisan depan dan amek tiket ngn yuni..dan pkol 12.40 lbh kami berjaya masuk lam cinema..

12.45 mlm : iklan b4 movie stat lom muncul2 lagi

12.50 : yang kelihatan cuma tabir putih. orang da stat bising2 da.

1 pagi : maseh lagi tabir putih..da mcm kain kapan aku tengok.

1.15 pagi : damn!

1.20 pagi : tibe2...ade sorang mamat india bagi announcement...

' hye guys..all cinema cancel..u can refund your ticket at the counter.... '

cissss...




memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Thursday, November 5, 2009

hai korang

salam sume..pe cer?sori sbb lame x update dan xreply korang nyer msg kat chatbox..skrg aku da pun stat stadi balik kat unikl bmi..dan aku da pun dpt opis bmi tu..tp since lappy aku trok sgt kene virus..so aku xleh nk online sbb virus2 benci tu da disable aku nyer sume connection..nk format sendiri xleh sbb ade bios password..sape2 yang tahu cane nk bypass? ):

oleh sbb kadang2 boring..aku pun terlayan sebuah cite ni..August Rush..aku xtaw cite ni zaman bile tp siyes best gile..cite ni pasal mak, bapak, dan anak yang terpisah sejak 11 tahun dlu tp bertemu balik sbb muzik..layan seh~ two thumbs up!

neway..korang jgn lupe doakan kejayaan aku yer.. (: semoga korang semua sentiasa berada dalam rahmatNya..amiinn..


august rush: sebuah cerita, satu perjalanan


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Tuesday, September 22, 2009

selamat hari raya

insan di dalam : owh
lokasi : depan umah

insan di dalam : syahmi asyraaf
lokasi : umah wan die

selamat hari raya idulfitri kepada

kawan2 di sekolah rendah sultan sulaiman 1 sesi 1993-1998

kawan2 di sekolah menengah agama sultan zainal abidin ladang sesi 1999-2001

kawan2 di maktab rendah sains mara jeli sesi 2002-2003

kawan2 di kolej mara kulim sesi 2004-2005

kawan2 di malaysian spanish institute sesi 2005

kawan2 di british malaysian institute sesi 2005-2008

kawan2 di blog, facebook, friendster, tagged(skrg x layan da)

kepada muslimin dan muslimat

maaf zahir dan batin


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

kembali lebih pantas!

insan di dalam:owh dan apip
lokasi : genting highland

salam korang..ape cer?skrg aku rase aku dah bole sll online..memandangkan broadband adik aku ni menunjukkan presatsi cemerlang walaupun di terengganu yang line 3G kadang2 ade kadang2 lesap..so aku pun plan nak cantas sbijik bile blk kl nnt..FYI, aku dapat placement utk gems part 2 kat penang..kampeni northern corridor development authority aka kampeni yang involve dlm pembangunan koridor utara..adekah aku patut pegi?ape pendapat korang?


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Sunday, September 6, 2009

im back!

da hampir 3 bulan ak x update blog neh..sebab yang pertamanye ofkos la sbb malas gile nk update..sebab kedua lak sebab aku bru je nk abes graduate training kat genting..sedar x sedar dah lebih 2 bulan aku kat sini..mesti bile pindah kl blk nnt xbest..kat cni sejuk..kekeke..kl panas (gile belagak!)..papepun..kl tetap best sbb ade uptown jual bundle dan ade uptown girl yang cun..yiihhhaaa!!


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Tuesday, June 23, 2009

an empty feeling

Dulu mase form 4 ak mmg jnis yang liat nk stadi. yg aku taw bila tiba utk kelas prep mlm, aku akan ke kelas sebelah sbb aku mmg suke kacau sorang awek ni. Die tersangatlah cantik dan tersangatah pemalu. Walaupun da agak lama berkawan, dia masih malu2 utk keluarkan walau sepatah perkataan. bukan dengan aku je, malah dengan budak2 laki laen pun die mcm tu. mmg tersangat susah utk cari perempuan yang macam ini..kan? Dia sangat2 baik..dan aku masih igt di saat2 akhir nak habes form 5, dia ada bersembang ckit ngn aku. dia ada bercerita pasal family dia..dan abang dia..dan sebagainya. perbualan tu singkat saja..dan itulah kali pertama dan kali terakhir aku sembang ngan dia sebelum kami semua budak2 form 5 abes sekolah dan membawa haluan masing2.

Pagi tadi Najib ada call aku tnye.. ' Ingat lg x Wan Siti Farihan?..hmm..mestila aku igt..seorang gadis yang sangat baik dan cantik..walaupun da 6 tahun, aku maseh igt lg muka dia.. ):

KUALA LUMPUR 23 Jun — Seorang pelajar wanita ditemui mati berhampiran tempat meletak kereta di Kolej Kediaman Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pagi ini. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata mangsa, Siti Farihan Mohd Hassan, 23, ditemui tertiarap oleh seorang tukang sapu kira-kira 7 pagi.

“Seorang tukang sapu yang kebetulan sedang membersihkan kawasan itu ternampak mayat Siti Farihan sebelum menghubungi polis. Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat. Dia dipercayai terjatuh dari beranda biliknya yang terletak di tingkat empat bangunan lima tingkat itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis tidak menemui sebarang kesan geledah di bilik mangsa dan polis juga telah mengambil keterangan dari rakan sebilik Siti Farihan. Mangsa yang berasal dari Kelantan ialah pelajar peringkat sarjana jurusan Sains Kimia. - Bernama

Wan Siti Farihan, semoga roh-mu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin..

Wednesday, June 17, 2009

award

hai korang..ape cite?lame x dengar khabar korang sume..harap2 sumenye sehat2 dan berada dalam rahmatNya..

Aku baru je pas tengok cite Blood : The Last Vampire..so ni aku nk bagi anugerah Oscar kat cite ni..

gambar : boleh tahan dan kadang2 wujud unsur menyampah
watak dan perwatak : complicated tahap 1
efek CGI : haram jadah
aksi lawan-lawan : ala-ala 300 tp x bape jadi
keseluruhan : membazir duit mak bapak dan juge MARA kalau tgk cite ni

Skrg ni pasal award yang diberi oleh Enchik Capril..die soh amek so aku rembat je la..tengs capril utk award neh..nnt aku blanje teh o suam kat restoran lidah berdenyut..pelik kan name kedai tu..





memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Tuesday, June 2, 2009

perayaan 44 TAHUN

Berakhir sudah perayaan 44 tahun PSSCM yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu. Perayaan kali ni agak best sebab sronok tengok kwn2 dari BMI sudi datang ke Terengganu..Penginapan yang disediakan oleh pihak urusetia di Universiti Darul Iman Malaysia sangatlah memuaskan. Dah mcm kondo dah aku tgk. Abang Z a.k.a penyelia kelas latihan Unikl BMI pun mcm excited je dtg cni Abis program beliau terus pecut g candat sotong. Sronok jugak sebab bole jalan2 ngn dieorang walaupun driver bus yang disewa khas sangat banyak songeh dan kuat mengeluh. Kadang2 rasa macam nak bg siku pun ada. Hari terkahir selepas penerimaan sijil rendah, kami ramai2 pakat g Taman Tamadun Islam. Walaupun aku ni orang Terengganu, tapi aku x penah lg smpai sini. So sgt best bile first time dtg sini dgn kawan2 BMI yang memang havoc dan happening. Aku sebagai jurugambar langsung tak bertauliah telah menugaskan diri aku sendri untuk mengambil gambar. Terima kasih buat saudara Basit sebab sudi bg tunjuk ajar camne nak pakai SLR. Dieorang da bertolak balik ke KL pkul 10 mlm. Bosan lak bile dieorang dah blah. Hmm..rindu la pulak kat Jassemah si pipi labuh..Papepun, secara keseluruhannya, perayaan 44 tahun telah berjalan dengan lancar dan gemilang. Tahniah dan syabas buat tenaga kerja Perayaan 44 tahun PCCM di Terengganu.


mukah dan sampin [klik utk besarkan]

eddi kesepian [klik untuk besarkan]

panglima ajek [klik utk besarkan]

dewan UMT [klik utk besarkan]

masjid kristal [klik utk besarkan]

miat gampang [klik utk besarkan]

ewan dan hanis [klik utk besarkan]

pipi labuh tayunk toink2


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Wednesday, May 27, 2009

home sweet home

Finally, i'm home. Smalam aku jenguk2 bandaraya Kuala Terengganu (bandaraya ke?)..pening gak aku sebab majlis bandaraya da ubah suma jalan2 utama kat bandar ni.
Sekarang suma dorang buat jadi sehala. Aku nk mencari arah pulang ke panggal jalan pun pening. Pusing tujuh lapan kali last2 smpai tempat same je. Boleh tahan gak bongok majlis
bandaraya ni. Da la susah, pastu nk melintas jalan pun jd serabut. Kalau nek moto sng la aku nk langgah divider, tp kalau dah aku drive perodua fairlady cane? tak ke susah..

lupekan pasal keserabutan ini..ni ha aku ade award utk nama-nama kat bawah ni since dorang sll mengomen kat entri-entri aku dulu..igt nk buat pakai illustrator tp last2 x jadi..
so aku pakai photoscope je. kalau adik aku ade msti die bole ajarkan iluustrator..photoshop ke..

-dba
-nisa quanis aka mrs.bubu
-capril rizwan aka slash pengukir kayu
-aryn
-adol
-mr.syazwan fuuyyoo
-wana
-miera
-ivy metaga


kalau korang nk amek..amek la..kalau tanak..kecik hati la aku..yiihaa..





memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Friday, May 22, 2009

antara si JIMBIT and PALAT

menurut enchik fahmi, jimbit adalah sejenis creature yang jijik kejijikan. beliau dah search ngan pakcik google namun jawapannya sangat mencelarukan. enchik nailul sering menggunakan perkataan jimbit sebagai penguat dasar ayat. contoh yang sering dipakai oleh beliau adalah seperti "kepala jimbit dia..berak tak flush!!"..

menurut kamus dewan, palat adalah sejenis kayu hitam yang digunakan untuk memukul budak-budak nakal. jadi betul la budak-budak nakal ni palat. baru 2 3 hari lepas kereta roy telah ditempek dengan chewing gum bewarna merah jambu. nice!

so ape kaitannya?

dahulu kala, ada seekor lipas sangat suka merayau2 mencari rezeki. lipas itu akhrinya terjumpa dengan seketul emas ajaib dan meminta2 supaya diberikan makan. emas ajaib itu tanpa segan silu memberi beberapa dinar emas untuk lipas itu terus survive. lipas itu berjanji untuk melunaskan dinar-dinar itu, namun, setelah beberapa puluh purnama, tiada tanda-tanda lipas itu akan melunaskan hutang itu walaupun lipas itu mampu bergaya dengan mobil buatan malaysia dan kartu terkini dengan teknologi 3G. namun tadi emas ajaib itu tersempak dengan lipas itu dan seraya memanggil " hoi jimbit!!ko buat palat ngn aku..cibai..." dan adegan seterusnya tidak seswai diperceritakan..

klu :

lipas : seekor manusia lancau

emas ajaib : manusia budiman


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Monday, May 18, 2009

Selamat berjalan lebih jauh!

Yeah! Onar-onar assignment selama 4 tahun habis di sini. Kertas-ketas nota pelajaran semua aku dah masukkan dalam kotak dan dibungkus kemas-kemas untuk menjadi tatapan anak cucu aku esok-esok.Mesti bangga bila aku ckp “ni la daddy stadi dulu-dulu,susah x?”.. :D

2 3 hari lagi maybe aku akan blk Seremban then terus balik Terengganu..n aku balik Terengganu for good..baibai KL..baibai Wangsa Maju..baibai Gombak. Banyak kenangan aku kat sini. Gertak anjing jiran, buat cina sebelah umah bengang, langgar moto orang pastu buat2 dono, dan juge pegang kuali goreng telur pakai spender Roy buat alas. Semoga benda2 mcm ni bole buat aku lepas stress bile igt blk..kan?kan?

Aku rase aku perlu mntk maap kot ngn uncle sebelah umah ni..tp..tu pun kalau die mntk maap ngn aku dulu la..kuikui..asap moto banyak pun nak marah2..die smayang asap byk xpe plak..dush2..amek ko..

Papepun, semoga perjalanan yang lebih jauh itu dapat aku tempuhi dengan jayanya dan berada dalam rahmat-Nya. Kepada korang semua,jangan lost kontek,k? Biar xde duit, asalkan ade kawan-kawan..btul x?

Lastly, selamat berjalan lebih jauh!


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Friday, May 8, 2009

better late than never

setelah bertukus lumus menghadapi final exam..so akhirnya aku berjaya menonton dragon ball..walaupun cite da basi tp suke hati aku la nk tgk gak..lgpun time cite tu kua aku bz gile..x sempat lgsung nk singgah tgk wayang..cite x-men ngn fast furious tu pun sbb tersinggah je..nk wat cane kan..bnda da jadi..ni ha aku nk bg bintang psl cite dragon ball tu..


jalan cite : sampah
watak dan perwatakan : tong sampah
aksi lawan melawan : lori sampah
efek CGI : plastik sampah
gambar : sampah2 di jalanan

sekian...




memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Saturday, May 2, 2009

paint tool sai

Tadi aku jenguk2 blog membe aku ni..beliau ni mmg kreatif dlm bab2 grafik dan laen2 perkara yang sama lebih kurang..korang boleh walking2 kat blog ni sambil2 wat esemen ataupun sambil minum kopi radix..dan aku sgt teruja ngn blog ni..sbb aku x pnh dgr psl software Paint Tool Sai..so kepada korang..jom jenguk kat www.airistudio.com ...zaasss..


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Friday, April 24, 2009

rasakan apa yang aku rasa!

korang penah tak rasa apa yang aku rasa? sebab smalam mase aku nk kemas2 laptop..aku cabut plug dari soket tanpa switch off soket tu..dan belum pun copper tu tercabut sepenuhnye..jari aku terpegang copper tu.. best..ilang ngantok.. korang try la..try rasa apa yang aku rasa.. dan kalau korang buat..korang mmg bengap susu..


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Wednesday, April 22, 2009

go go power rangers

klik untuk besarkan



da 2 hari x shut down laptop..mntak2 la motherboard ngan HD xde pape..amiinn..

da siap 26 pages.. 50+- pages to go..go go power rangers!!


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Thursday, April 16, 2009

dan AKHIRNYA

alhamdulillah..setelah agak lama sibuk dengan viva final year project..akhirnya Tuhan berikan aku sedikit kelapangan untuk bernafas. Syukur. Apa yang aku boleh katakan tentang final project aku adalah.. AVERAGE..namun aku bersyukur kerana dibandingkan dengan usaha aku yang seciput..mmg aku x layak dpt mcm tu. Lagipun nk catch up champion league lg..project lg..mana nak sempat kan.. :) Anyway, tahniah kepada korang sbb project korang mmg gempak..selamat menulis report!

output 1 : low input current

output 2 : regulated output voltage with a low harmonic distortion


output 3 : sinusoidal pulse width modulation output


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Friday, April 10, 2009

blom abes lg..

da setel lab electrical system in building

ada lg 3 lab yang laen..

dan esemen renewable energy

serta esemen innovation

juga final report final year project

2 minggu lagi final exam

God please give me strength..


electrical system in building


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Tuesday, April 7, 2009

saye sangat..

aku bz..sangat bz..nk tengok fast n furious pun x sempat..capril..awat hg p tgk wayang x ajak aku skali..paliaq btoi la..nk blk kg la.mencari ketenangan.. :)


wana..kek rombau da ado wayang blom?den nk blk kg la..


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Friday, April 3, 2009

selkom vs meksis

oit korang..dah2 la tu pakai meksis..support melayu la..jom la ramai2 pakai selkom..da la murah..murah lak TU.. (ayat redundancy ini menunjukkan betapa murahnye selkom) .. duk pakai meksis ni..da la mahal..kedekut lak tu..dah dah la support keling tu..kan?kan?





memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

kawen dan nafsu


miss shima tag aku..hmm..pasal kawen.. aiyok..

definisi kawen : kawen adalah satu ikatan yang bertujuan untuk menempiaskan nafsu serakah secara halal. sila jgn amek serius. (mcm ayat wana je).. :D


? How old are you?
- baru masuk 23 ..baru ke?

? Are you single?
- single sbb lom kawen lg..

? At what age do you think you'll get married?
- dah ada keje..dah ada kete..da kumpul downpayment utk duet hantaran..baru la kawen..agak2 bile ye..

? Do you think you'll be marrying the person you are with now?
- jodoh ajal maut di tangan Tuhan..insyaAllah.. :)

? If not, who do you want to marry?
- latifah omar..heroin klasik pilihan hati..tip top!

? Who will be your bridesmaid and bestman?
- tah la..tgk la yg mane sempat aku sambar..sape2 je..

? Do you want a garden/beach or traditional theme wedding?
- suma tu aku x pedulik..yang penting kawen..hooreeyy!!


? Where do you plan to go on honeymoon?
- hmm...puncak gunong..ok x?

? How many guess do you think you'll invite?
- tah la..mane aku nak tau bende2 cani..tnye mak aku la..


? Will that include your exes?
- tanak la aku jemput die..die ske pakai seksi x agak2..nmpak longkang dan tali air..kang ape lak kate mak aku..nak mati?

? How many layers of cake do you want?
- ni pun aku x pdulik..tp aku nak kerabu mangga..bole sape2 buatkan?

? When do you want to get married, morning or evening?
- malam la..xyah nk tunggu lama utk tgh mlm .kang nikah pagi lmbt lak nk tgu tgh malam..bukan ape..ngntok nk tdo awal..


? Name the song/tune you'd like to play at your wedding?
- wahai emak kahwinkan aku
- bapaku kahwin lagi


? Champage or red wine?
- kopi radix..utk stamina..

? Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
- 'honeymoon' sebaek saja suma masuk tdo..ada paham?

? Money or household items?
- umah teres corner lot freehold..ok x?bru la x luak..

? How many kids would you like to have?
- tah la..tp semoga bini aku akan jadi semungkin produktif!

? Will you record your honeymoon in DVD or VCD?
-mesti la..tp mase wedding je la..yang 3GP xde ye.. :)



memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Thursday, April 2, 2009

wana meroyan lagi..


cik wana meroyan lagi..sebelum menjadi lebih parah..aku jwb tag neh..

Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
beat :: the :: sky ..sbb ape?hmm...tu nick aku mase men CS..


Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://beatthesky.blogspot.com

idea ni timbul mase tgh buang sisa toksik kat toilet dapur..


Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
huh..hmm..metafora..parabola..teknik penurasan litar bersepadu diod.


Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
tak penah..kalau boring aku bia je..layan..


Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
wana..ayat2 beliau langsung xde double meaning..sangat direct dan xde tapis2..aku suke..



nota kaki : lorr..da abes ke?

memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

tag lagi..

huh..lately ni aku bz gile..visit kilang la..FYP..hmm..sori ye yam lmbt jwb tag kamu.. :P

Upload yg anda gemari dan jawab soklan dibawah


Kenapa anda suke gambar ini?

first time aku panjat gunong..gunong datuk,rembau,negeri sembilan.kg bapak eden..

Bila kali terakhir mkn pizza?

hmm..mase last day praktikal..kat giant kelana jaya..sharifah iwaza belanje..dapat baju juga..tengs..

Lagu terakhir yg anda dengar?

neon oleh hujan.

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?

siapkan final projek dan projek industrial control- selain pakai UPS nk pakai ape ye untuk maintain voltage mase breakdown? ada sape2 boleh cadangkan?

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?

owh. contoh nk sebut - owh..cantiknya kereta itu!

Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!

nisa

capril

wana

shimawar

dba

syazwan

tapi terpulang la kat korang nk jwb je x..aiman x kesah..

Siapa no 1 pada anda - jiran tetangga aka mrs bubu kesayangan mr bubu
Org no 3 ada hubungan dgn sape? -tah la..faris kot..ye ke? :P
Kata sesuatu berkenaan org no 5 - die ckp nk ajar tutorial html..lmbtnye..
Bagaimana dgn org no 4? - die suke wat esei STPM..hehe..entri die pnjg2..
Siapa org no 2? - bakal engineer dan bakal laki cik fiza..insyaAllah..amiinn..
Bagi pesanan pd org no 6 - nak okok atang..


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Tuesday, March 31, 2009

mrs bubu telah tag aku!

ini hutang tag oleh cik nisa aka mrs.bubu..die da stat bising da..sblm die report kat mr.bubu..baek aku jwb dulu..

1. orang luar sane tak kenal kamu. perjelaskan siapa kamu?

nama aku ferdaus. tinggi tak tinggi sangat dan kurus2 mcm bruce lee. aku tak merokok..dan tak isap dadah..

2. sikap kamu yang 'mantap'?

ouh..aku xde sikap yang mantap. dan bodi aku pun x mantap. tp aku rajin lipat tilam lepas bangun tido..mantap x?

3. sikap kamu yang sangat jelek?

bile aku naek moto malam2 then nmpk anjing liar..aku akan kejar anjing tu smbil hon banyak2..jelek x?

4. apa gadget yang sentiasa kamu bawak?

semestinya henfon sony E P1i saye..dlu pakai express music tp da tukar ngn akak kesayangan..


5. dah berape handphone kamu pakai selame neh? senaraikan brandnye. jenama handphone yang sedang kamu gunakan sekarang?

satu . nokia 3310 mase form 4. tp ilang mase tdo kat surau mrsm jeli.

dua. nokia tah bape tah no die. da jual kat summit bukit mertajam.

tiga. nokia tah ape tah no die. nokia flip. da jual da kat one utama mase sem 2.

empat. nokia n-gage QD. ilang mase tido kat ostel mase sem 3.

lima. motorola E100 kot. rosak. jual kat plaza idaman gombak.cina tu xtaw nset tu rosak.haha.

enam.samsung tah ape tah no dia.maseh ada smpai skrg.

tujuh.nokia xpress music 5610. da bg kat akak.

lapan. sony ericsson P1i..tgh pakai skrg.


6. siapa bestfriend kamu?

bestfren aku adalah bestfrens aku yang ade skrg.terime kaseh korang!

7. siapa yang kamu sayang selain family?

persatuan seni silat cekak malaysia.


8. lagik 10 tahun kamu jadi ape?

seorang engineer dan seorang bapa.mungkin?

9. kata2 hikmah yang pernah kamu dengar & paling kamu suka?

jangan cakap bohong, jaga amanah, pikul tanggungjawab. tp sgt susah nk buat,kan?

10. dalam blog kamu, sudah ade berape followers?

17..cik nisa sila jgn jeles..


11. senaraikan follower yang paling kamu suka? (tak kira kuantiti) kenape?

hoho..sume2.. :) ...time bosan la nk lyn blog dieorg..



memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Monday, March 30, 2009

aku bukan GAY,ok?

Skali lagi aku ada alasan yang kukuh untuk delete akaun tagged aku..bkn sahaja sebab aku tak suka main poker online..tp sehari ke sehari makin ramai GAY yang add aku!

Badan aku tak tegap pun macam Aidil Zaquan..tak tinggi macam Shafril Rizwan..dan otot aku tak padat macam Badang..adoiiyaa..

antara ayat-ayat mereka :
hi..u ni kiut la..
hai..u kat mane ni?
hi handsome..

Haarrkk tuiih...
aku muntah hijau..

jangan klik..x baek..


nota kaki : sedangkan aku tengok bulu kaki Huzaimi aka mr.bubu pun aku boleh pening lalat..


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Sunday, March 29, 2009

EXAM!

korang..petang nanti aku exam..renewable energy..wish me luck..


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Tagged by WANA..

cik wana da bising..sebelum die stat membebel baek aku jwb dlu..nggeee~

  • Last phone call – jassemah..die tanye nape x reply sms die..sbb aku tetido..
  • Last text message – kak ecah..tanye no akaun bank..
  • Last time you cried – mase arwah Mubin meninggal.


HAVE YOU EVER:

  • Dated someone twice - hmm..pnah kot.....
  • Been cheated – penah..kene bang bang boom ngan Taqi..pundek..grrr...
  • Kissed someone & regretted it – da makan da tadi..
  • Lost someone special – arwah nenek..skrg aku cucu yatim piatu..


IN THE PAST MONTH HAVE YOU:

  • Fallen out of love - penah.
  • Laughed until you cried – tak penah..ape barang smpai nangis.. :D
  • Met someone who changed your life – oh..itu kira-kira 7 tahun yang lalu..tanpa beliau aku sangat ‘MISKIN’..
  • Found out someone was talking about you – Pegi mati la die nak sembang apa pun..x jejaskan pointer aku pun..kan?kan?
  • How many people on your top friends do you know in real life? – ramai..budak2 CM da dekat 2 bas..
  • How many kids do you want to have – hehe..tah la..tp aku suke tongkat ali..ramai kot..
  • Do u have any pets – kucing ekor tupai..die jantan..tp nama die Siti..sbb die pondan..
  • Do you want to change your name – Tanak..Wana cakap nama aku best..
  • What time did you wake up today - 11am.. Penat g Penang balik hari..
  • What were you doing at midnight last night – Bawak kete dari Penang blk KL..ujan lebat smpai x nmpk jalan..tp ttp 140km/j..
  • Name something you cannot wait for – hmmmpphh..Malaysia ditukar jadi Malaya balik..ok x?
  • Last time you saw your father – 3 bulan lepas mase kaklong besalin..baby boy..
  • What's one thing you wish you could change – aku bersyukur dengan apa yang ada..
  • What's getting on your nerves right now – xde..aku kool skrg.. :D
  • Elementary/Primary School – SRSS1..mane korang sumua pegi hah?
  • Middle/Secondary School – MRSM Jeli…sejuk mcm kat New Zealand..
  • Hair color – Hitam kehitam-hitaman..
  • Long or short – Mak aku marah rambut panjang..takut nnt nmpk mcm Awie..hikhik..

Want kids? – mestila..anak-anak kan rezeki..

Want to get married? – mestila..kang Nabi x ngaku umat kang xpasal2 je..

Careers in mind? – engineer kot..


HAVE YOU EVER :

  • Kissed a stranger – nak kene lempang pakai helmet?
  • Lost glasses/contacts – Banyak kali..masuk lam jamban..skrg da mls nak pkai..
  • Ran away from home – ape ke nerake…
  • Broken someone's heart – hmmm…
  • Been arrested – polis trafik tanye kenape ko langgar lampu merah..saye jawab..xperasan la enchik..
  • Cried when someone died – mase arwah Mubin meninggal..


ANSWER TRUTHFULLY :

  • Is there one person you want to be with right now? – hmmm..jassemah..
  • Do you believe in God? – mestila…ape punye soklak daa..

Mangsa yg kene buat ini tag...

Capril Rizwan..beliau rajin menaip..
Nisa..aka Mrs. Bubu..
Mr.Syazwan..die orang baru..
Belle...sbb beliau adalah engineer..

memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Wednesday, March 25, 2009

zina

perihal anak muda zaman sekarang

sudah tak tahu malu

pergaulan bebas yang tiada batas

apa nak jadi

bukti dah di depan mata

penzinaan berleluasa

melahirkan generasi anak luar nikah


hehe..


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

tuli atau BUTA?

Masa aku tengah lepak-lepak dengan seorang kawan di Bidayah Bistro Wangsa Maju, beliau ada menceritakan bagaimana sekumpulan penuntut seni beladiri aliran Karate-do mencemuh-cemuh silat melayu, dikatakan kolot dan buat malu saja. Tiada standard dan lapuk.


hai si bodoh, baru aku tahu engkau ni daripada keturunan yang bodoh-bodoh juga, sebab yang buat silat ni nenek moyang engkau juga!

Silat itu budaya unggul. Tidak kira lah silat apa pun. Cekak Malaysia ke, Gayung ke, Sendeng ke..atau mana-mana silat asli. Sebab itu dulu Melayu ni beradab dan beradat. Melintas depan orang tua kalau tidak membongkok dan menutup kaki pun akan dilabel kurang ajar. Bukankah itu manis? Sopannya bukan kepalang, dalam menghina pun masih memuji.

Nak belajar seni beladiri bangsa asing?Apa hukumnya?Penghujungnya jadi apa?

Nak belajar kungfu, supaya boleh jadi macam Bruce Lee. Tangkas, kuat. Belajar kungfu hujungnya jadi apa? Sami budha di kuil-kuil..kan?

-dengar cerita Bruce Lee yang kononnya hebat tewas juga di tangan Dato Meor Abd Rahman, kan?-

Nak belajar tomoi siam, supaya nanti kaki sekeras batang pinang. Belajar tomoi hujungnya jadi apa? Sami budha di kuil-kuil juga.. Takkan jadi sami? Tapi macam mana pula tarian tomoi itu sendiri? Bukankah tarian menyembah dewa hanuman?
Nak belajar karate-do, supaya nampak standard. Kononnya internasional. Tapi kene buat apa? Sembah bendera dan gambar pengasas? Kononnya prosedur mulakan latihan dan ujian tali pinggang. Apa itu? Gila?

Jangan main hentam keromo saja. Kaji dan selidik dulu macam mana. Kalau betul hendak belajar seni beladiri asing, janganlah diboikot pula silat itu. Kalau engkau boikot silat, nenek moyang kita engkau pun boikot skali.


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Sunday, March 22, 2009

antara SMS dan ANJING kurap, mana yang akan berdoa?

Assalamualaikum kepada semua orang. Syukur Tuhan masih bagi kelapangan kat aku untuk luangkan sedikit masa untuk tulis blog.

Apa-apa hal pun aku nak minta maaf dulu kalau tajuk entri di atas menyinggung perasaan anda semua. Bukan maksud aku nak buat korang terbeliak biji mata dan bersumpah dalam hati : " pehal mamat ni..macam shial.. "..tapi aku akui memang aku ada niat untuk selitkan unsur-unsur mencarut kali ni.

Semua ni tercetus bila aku ada bersembang dengan kawan perempuan aku. Topik adalah berkenaan dengan Akademi Fantasia 7 (AF7). Dia cakap ada seorang peserta lelaki, Akim nama dia. Hensem katanya, tak pernah miss lagi untuk undi setiap kali konsert kat Astro Ria.

-aku dan kawan-kawan serumah pun tengok AF kadang2, tp tak hafal pulak nama2 'bakal artis' (kononnya) yang 'diternak' dalam akademi tu-

Jadi banyak persoalan timbul dalam kepala aku. Apa untungnya melakukan undian tu? seingat aku kalau nak undi bukannya murah, jauh dibandingkan dengan 8pax ke 8pax oleh Selkom. Kredit habis, tapi pada masa yang sama tidak tahu kemana hujung pangkal. Tak salah menonton, tapi jangan jadi badut.

Dan tersangatlah sakit mata bila tengok lebih banyak badut-badut dalam Astro Ria duk terloncat-loncat, kononnya fanatik (sanggup berdiri berjam-jam lamanya), sekali imbas macam beruk jantan nampak beruk betina melintas (oppss), tapi leher berut jantan tu kena rantai kat tiang rumah.

meloncatlah engkau, melompatlah engkau, kalau tak dapat nak pegi konsert AF7 tu, cukup dengan menabur undi melalui SMS. Hujungnya siapa yang bernafas bangga? Nah, patung ala-ala emas sebesar separuh bukit di Batu Caves.

Jadi, mana yang lebih mulia? 'buang' duit macam tu ke? Atau korek syiling celah sofa bagi cukup 60sen then pergi seven eleven pastu beli roti gardenia perisa coklat, dan bagi makan kat anjing kurap yang jatuh dalam parit besar.

Teringat pula kata-kata M.Nasir dalam PGL : kalau nak mengikut biar berakal, kalau nak menurut biar pintar (betul ke aku susun ayat ni?)

Jangan marah jangan menyumpah, seperti kata-kata amir Raja Lawak (lawak ke?).. i'm sooorrryyyy..


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Tuesday, March 17, 2009

PAUSE!!



assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan..utk pengetahuan korang, aku terpaksa pause kejap daripada tulis blog kerana beberapa faktor. yup..faktor terbesar ialah sbb ada bnda yang memerlukan prioriti yang lebih. papepun, kepada korang semua, selamat ber blogging dan semoga sentiasa berada dalam rahmatNya.. mmuahxxss..

Sunday, March 15, 2009

layan KEJAP


............
title : EMERALD SWORD
by : RHAPSODY
.......
I crossed the valleys the dust of midlands
to search for the third key to open the gates
Now I'm near the altar the secret inside
As legend told my beloved sun light the dragons eyes
On the way to the glory I'll honour my sword
to serve right ideals and justice for all

Finally happened the sun hit their eyes
the spell was creating strange games of light
Thanks to hidden mirrors I found my lost way
over the stones I reached the place it was a secret cave
In a long bloody battle that prophecies told
the light will prevail hence wisdom is gold

For the king for the land for the mountains
for the green valleys where dragons fly
for the glory the power to win the black lord
I will search for the emerald sword

Only a warrior with a clear heart
could have the honour to be kissed by the sun
Yes, I am that warrior I followed my way
led by the force of cosmic soul I can reach the sword
On the way to the glory I'll honour my sword
to serve right ideals and justice for all

For the king for the land for the mountains
for the green valleys where dragons fly
for the glory the power to win the black lord
I will search for the emerald sword

For the king for the land for the mountains
for the green valleys where dragons fly
for the glory the power to win the black lord
I will search for the emerald sword

nota kaki : anda2 semua cubalah dengar lagu ini..sangat lazat dan layannn..

Tuesday, March 10, 2009

nada mengeluh

..........sighhhhh..........

aku mengeluh panjang..

persepsi aku mengenai kesusahan hidup ketika masih belajar nampaknya benar

definisi 'takut' kini tertumpu pada satu keadaan sahaja

aku tidak lagi takut pada hantu..
atau tersempak orang gila yang memegang parang panjang sambil melibas-libas ke kiri dan kanan..
atau tersempak singa jantan yang besar sambil perutnya berbunyi nada-nada melankolik tanda kelaparan..
atau berdepan pakcik polis trafik yang memakai lencana "saya anti rasuah" bilamana dompet tertinggal di rumah..

kerana takut aku kini hanya pada kesusahan itu
hinggakan aku memandang :

apalah susahnya menjadi pelajar undang2 setakat menghafal akta2 kalau dibandingkan dengan..

apalah susahnya belajar ilmu perubatan kalau dibandingkan dengan..
apalah susahnya menghafal nama2 tumbuhan kalau dibandingkan dengan..
apalah susahnya mengajar subjek2 di sekolah jenis kebangsaan tamil kalau dibandinkan dengan..

kalau dibandingkan dengan :

"hari pembentangan projek tahun akhir"

susah+chuak+goyang+rasa pitam+terkebil2+tergagap2 = the end






bebelan yang selanjutnya..

Monday, March 9, 2009

air mata


jam 11 pagi..aku mendapat panggilan dari khairudin..

khai: owh, ko kat mane?
ferdaus : aku kat rumah..nape?

khai : ko dtg la HKL skrg..Mubin tgh nazak..
ferdaus : hah?ok..ok..aku dtg skrg..

jam 11.30 pg..aku sampai.. aku pilu melihat keadaan Mubin.. secara tiba2 semua kenangan bersama Mubin dtg berlegar2 di kepala aku..

ya..aku mengaku..aku menangis..

jam 1.50 tgh hari..Mubin semakin nazak.. ada 3 doktor dan 4 nurse bergilir2 memberi CPR..

namun ajal maut ditangan Allah al-Karim.. jam 2.20 tgh hari, 12 RabiulAwal 1430H.. saudara Mubin menghembuskan nafas yang terakhir..

al-Fatihah

arwah mubin:dia sahabat,dia umpama abang


semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
amiinn..

Friday, March 6, 2009

TAG!

saya ingin bercuti di :

sebuah lembah yang nyaman


saya ingin memiliki :

sebuah satria neo 1.6 MT


saya ingin menjadi :

orang berjaya di dunia dan akhirat


dulu saya bersekolah di:

mrsm jeli, uk (ulu kelantan)



movie kegemaran saya :

IP Man


nota kaki : internet lembap..tmnet cakap 5hb akan kembali normal..tp..