Tuesday, March 31, 2009

mrs bubu telah tag aku!

ini hutang tag oleh cik nisa aka mrs.bubu..die da stat bising da..sblm die report kat mr.bubu..baek aku jwb dulu..

1. orang luar sane tak kenal kamu. perjelaskan siapa kamu?

nama aku ferdaus. tinggi tak tinggi sangat dan kurus2 mcm bruce lee. aku tak merokok..dan tak isap dadah..

2. sikap kamu yang 'mantap'?

ouh..aku xde sikap yang mantap. dan bodi aku pun x mantap. tp aku rajin lipat tilam lepas bangun tido..mantap x?

3. sikap kamu yang sangat jelek?

bile aku naek moto malam2 then nmpk anjing liar..aku akan kejar anjing tu smbil hon banyak2..jelek x?

4. apa gadget yang sentiasa kamu bawak?

semestinya henfon sony E P1i saye..dlu pakai express music tp da tukar ngn akak kesayangan..


5. dah berape handphone kamu pakai selame neh? senaraikan brandnye. jenama handphone yang sedang kamu gunakan sekarang?

satu . nokia 3310 mase form 4. tp ilang mase tdo kat surau mrsm jeli.

dua. nokia tah bape tah no die. da jual kat summit bukit mertajam.

tiga. nokia tah ape tah no die. nokia flip. da jual da kat one utama mase sem 2.

empat. nokia n-gage QD. ilang mase tido kat ostel mase sem 3.

lima. motorola E100 kot. rosak. jual kat plaza idaman gombak.cina tu xtaw nset tu rosak.haha.

enam.samsung tah ape tah no dia.maseh ada smpai skrg.

tujuh.nokia xpress music 5610. da bg kat akak.

lapan. sony ericsson P1i..tgh pakai skrg.


6. siapa bestfriend kamu?

bestfren aku adalah bestfrens aku yang ade skrg.terime kaseh korang!

7. siapa yang kamu sayang selain family?

persatuan seni silat cekak malaysia.


8. lagik 10 tahun kamu jadi ape?

seorang engineer dan seorang bapa.mungkin?

9. kata2 hikmah yang pernah kamu dengar & paling kamu suka?

jangan cakap bohong, jaga amanah, pikul tanggungjawab. tp sgt susah nk buat,kan?

10. dalam blog kamu, sudah ade berape followers?

17..cik nisa sila jgn jeles..


11. senaraikan follower yang paling kamu suka? (tak kira kuantiti) kenape?

hoho..sume2.. :) ...time bosan la nk lyn blog dieorg..



memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Monday, March 30, 2009

aku bukan GAY,ok?

Skali lagi aku ada alasan yang kukuh untuk delete akaun tagged aku..bkn sahaja sebab aku tak suka main poker online..tp sehari ke sehari makin ramai GAY yang add aku!

Badan aku tak tegap pun macam Aidil Zaquan..tak tinggi macam Shafril Rizwan..dan otot aku tak padat macam Badang..adoiiyaa..

antara ayat-ayat mereka :
hi..u ni kiut la..
hai..u kat mane ni?
hi handsome..

Haarrkk tuiih...
aku muntah hijau..

jangan klik..x baek..


nota kaki : sedangkan aku tengok bulu kaki Huzaimi aka mr.bubu pun aku boleh pening lalat..


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Sunday, March 29, 2009

EXAM!

korang..petang nanti aku exam..renewable energy..wish me luck..


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Tagged by WANA..

cik wana da bising..sebelum die stat membebel baek aku jwb dlu..nggeee~

  • Last phone call – jassemah..die tanye nape x reply sms die..sbb aku tetido..
  • Last text message – kak ecah..tanye no akaun bank..
  • Last time you cried – mase arwah Mubin meninggal.


HAVE YOU EVER:

  • Dated someone twice - hmm..pnah kot.....
  • Been cheated – penah..kene bang bang boom ngan Taqi..pundek..grrr...
  • Kissed someone & regretted it – da makan da tadi..
  • Lost someone special – arwah nenek..skrg aku cucu yatim piatu..


IN THE PAST MONTH HAVE YOU:

  • Fallen out of love - penah.
  • Laughed until you cried – tak penah..ape barang smpai nangis.. :D
  • Met someone who changed your life – oh..itu kira-kira 7 tahun yang lalu..tanpa beliau aku sangat ‘MISKIN’..
  • Found out someone was talking about you – Pegi mati la die nak sembang apa pun..x jejaskan pointer aku pun..kan?kan?
  • How many people on your top friends do you know in real life? – ramai..budak2 CM da dekat 2 bas..
  • How many kids do you want to have – hehe..tah la..tp aku suke tongkat ali..ramai kot..
  • Do u have any pets – kucing ekor tupai..die jantan..tp nama die Siti..sbb die pondan..
  • Do you want to change your name – Tanak..Wana cakap nama aku best..
  • What time did you wake up today - 11am.. Penat g Penang balik hari..
  • What were you doing at midnight last night – Bawak kete dari Penang blk KL..ujan lebat smpai x nmpk jalan..tp ttp 140km/j..
  • Name something you cannot wait for – hmmmpphh..Malaysia ditukar jadi Malaya balik..ok x?
  • Last time you saw your father – 3 bulan lepas mase kaklong besalin..baby boy..
  • What's one thing you wish you could change – aku bersyukur dengan apa yang ada..
  • What's getting on your nerves right now – xde..aku kool skrg.. :D
  • Elementary/Primary School – SRSS1..mane korang sumua pegi hah?
  • Middle/Secondary School – MRSM Jeli…sejuk mcm kat New Zealand..
  • Hair color – Hitam kehitam-hitaman..
  • Long or short – Mak aku marah rambut panjang..takut nnt nmpk mcm Awie..hikhik..

Want kids? – mestila..anak-anak kan rezeki..

Want to get married? – mestila..kang Nabi x ngaku umat kang xpasal2 je..

Careers in mind? – engineer kot..


HAVE YOU EVER :

  • Kissed a stranger – nak kene lempang pakai helmet?
  • Lost glasses/contacts – Banyak kali..masuk lam jamban..skrg da mls nak pkai..
  • Ran away from home – ape ke nerake…
  • Broken someone's heart – hmmm…
  • Been arrested – polis trafik tanye kenape ko langgar lampu merah..saye jawab..xperasan la enchik..
  • Cried when someone died – mase arwah Mubin meninggal..


ANSWER TRUTHFULLY :

  • Is there one person you want to be with right now? – hmmm..jassemah..
  • Do you believe in God? – mestila…ape punye soklak daa..

Mangsa yg kene buat ini tag...

Capril Rizwan..beliau rajin menaip..
Nisa..aka Mrs. Bubu..
Mr.Syazwan..die orang baru..
Belle...sbb beliau adalah engineer..

memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Wednesday, March 25, 2009

zina

perihal anak muda zaman sekarang

sudah tak tahu malu

pergaulan bebas yang tiada batas

apa nak jadi

bukti dah di depan mata

penzinaan berleluasa

melahirkan generasi anak luar nikah


hehe..


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

tuli atau BUTA?

Masa aku tengah lepak-lepak dengan seorang kawan di Bidayah Bistro Wangsa Maju, beliau ada menceritakan bagaimana sekumpulan penuntut seni beladiri aliran Karate-do mencemuh-cemuh silat melayu, dikatakan kolot dan buat malu saja. Tiada standard dan lapuk.


hai si bodoh, baru aku tahu engkau ni daripada keturunan yang bodoh-bodoh juga, sebab yang buat silat ni nenek moyang engkau juga!

Silat itu budaya unggul. Tidak kira lah silat apa pun. Cekak Malaysia ke, Gayung ke, Sendeng ke..atau mana-mana silat asli. Sebab itu dulu Melayu ni beradab dan beradat. Melintas depan orang tua kalau tidak membongkok dan menutup kaki pun akan dilabel kurang ajar. Bukankah itu manis? Sopannya bukan kepalang, dalam menghina pun masih memuji.

Nak belajar seni beladiri bangsa asing?Apa hukumnya?Penghujungnya jadi apa?

Nak belajar kungfu, supaya boleh jadi macam Bruce Lee. Tangkas, kuat. Belajar kungfu hujungnya jadi apa? Sami budha di kuil-kuil..kan?

-dengar cerita Bruce Lee yang kononnya hebat tewas juga di tangan Dato Meor Abd Rahman, kan?-

Nak belajar tomoi siam, supaya nanti kaki sekeras batang pinang. Belajar tomoi hujungnya jadi apa? Sami budha di kuil-kuil juga.. Takkan jadi sami? Tapi macam mana pula tarian tomoi itu sendiri? Bukankah tarian menyembah dewa hanuman?
Nak belajar karate-do, supaya nampak standard. Kononnya internasional. Tapi kene buat apa? Sembah bendera dan gambar pengasas? Kononnya prosedur mulakan latihan dan ujian tali pinggang. Apa itu? Gila?

Jangan main hentam keromo saja. Kaji dan selidik dulu macam mana. Kalau betul hendak belajar seni beladiri asing, janganlah diboikot pula silat itu. Kalau engkau boikot silat, nenek moyang kita engkau pun boikot skali.


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Sunday, March 22, 2009

antara SMS dan ANJING kurap, mana yang akan berdoa?

Assalamualaikum kepada semua orang. Syukur Tuhan masih bagi kelapangan kat aku untuk luangkan sedikit masa untuk tulis blog.

Apa-apa hal pun aku nak minta maaf dulu kalau tajuk entri di atas menyinggung perasaan anda semua. Bukan maksud aku nak buat korang terbeliak biji mata dan bersumpah dalam hati : " pehal mamat ni..macam shial.. "..tapi aku akui memang aku ada niat untuk selitkan unsur-unsur mencarut kali ni.

Semua ni tercetus bila aku ada bersembang dengan kawan perempuan aku. Topik adalah berkenaan dengan Akademi Fantasia 7 (AF7). Dia cakap ada seorang peserta lelaki, Akim nama dia. Hensem katanya, tak pernah miss lagi untuk undi setiap kali konsert kat Astro Ria.

-aku dan kawan-kawan serumah pun tengok AF kadang2, tp tak hafal pulak nama2 'bakal artis' (kononnya) yang 'diternak' dalam akademi tu-

Jadi banyak persoalan timbul dalam kepala aku. Apa untungnya melakukan undian tu? seingat aku kalau nak undi bukannya murah, jauh dibandingkan dengan 8pax ke 8pax oleh Selkom. Kredit habis, tapi pada masa yang sama tidak tahu kemana hujung pangkal. Tak salah menonton, tapi jangan jadi badut.

Dan tersangatlah sakit mata bila tengok lebih banyak badut-badut dalam Astro Ria duk terloncat-loncat, kononnya fanatik (sanggup berdiri berjam-jam lamanya), sekali imbas macam beruk jantan nampak beruk betina melintas (oppss), tapi leher berut jantan tu kena rantai kat tiang rumah.

meloncatlah engkau, melompatlah engkau, kalau tak dapat nak pegi konsert AF7 tu, cukup dengan menabur undi melalui SMS. Hujungnya siapa yang bernafas bangga? Nah, patung ala-ala emas sebesar separuh bukit di Batu Caves.

Jadi, mana yang lebih mulia? 'buang' duit macam tu ke? Atau korek syiling celah sofa bagi cukup 60sen then pergi seven eleven pastu beli roti gardenia perisa coklat, dan bagi makan kat anjing kurap yang jatuh dalam parit besar.

Teringat pula kata-kata M.Nasir dalam PGL : kalau nak mengikut biar berakal, kalau nak menurut biar pintar (betul ke aku susun ayat ni?)

Jangan marah jangan menyumpah, seperti kata-kata amir Raja Lawak (lawak ke?).. i'm sooorrryyyy..


memang aku terkadang bergaya tapi apa salahnya jika korang sesekali mengomel dengan comel.

Tuesday, March 17, 2009

PAUSE!!



assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan..utk pengetahuan korang, aku terpaksa pause kejap daripada tulis blog kerana beberapa faktor. yup..faktor terbesar ialah sbb ada bnda yang memerlukan prioriti yang lebih. papepun, kepada korang semua, selamat ber blogging dan semoga sentiasa berada dalam rahmatNya.. mmuahxxss..

Sunday, March 15, 2009

layan KEJAP


............
title : EMERALD SWORD
by : RHAPSODY
.......
I crossed the valleys the dust of midlands
to search for the third key to open the gates
Now I'm near the altar the secret inside
As legend told my beloved sun light the dragons eyes
On the way to the glory I'll honour my sword
to serve right ideals and justice for all

Finally happened the sun hit their eyes
the spell was creating strange games of light
Thanks to hidden mirrors I found my lost way
over the stones I reached the place it was a secret cave
In a long bloody battle that prophecies told
the light will prevail hence wisdom is gold

For the king for the land for the mountains
for the green valleys where dragons fly
for the glory the power to win the black lord
I will search for the emerald sword

Only a warrior with a clear heart
could have the honour to be kissed by the sun
Yes, I am that warrior I followed my way
led by the force of cosmic soul I can reach the sword
On the way to the glory I'll honour my sword
to serve right ideals and justice for all

For the king for the land for the mountains
for the green valleys where dragons fly
for the glory the power to win the black lord
I will search for the emerald sword

For the king for the land for the mountains
for the green valleys where dragons fly
for the glory the power to win the black lord
I will search for the emerald sword

nota kaki : anda2 semua cubalah dengar lagu ini..sangat lazat dan layannn..

Tuesday, March 10, 2009

nada mengeluh

..........sighhhhh..........

aku mengeluh panjang..

persepsi aku mengenai kesusahan hidup ketika masih belajar nampaknya benar

definisi 'takut' kini tertumpu pada satu keadaan sahaja

aku tidak lagi takut pada hantu..
atau tersempak orang gila yang memegang parang panjang sambil melibas-libas ke kiri dan kanan..
atau tersempak singa jantan yang besar sambil perutnya berbunyi nada-nada melankolik tanda kelaparan..
atau berdepan pakcik polis trafik yang memakai lencana "saya anti rasuah" bilamana dompet tertinggal di rumah..

kerana takut aku kini hanya pada kesusahan itu
hinggakan aku memandang :

apalah susahnya menjadi pelajar undang2 setakat menghafal akta2 kalau dibandingkan dengan..

apalah susahnya belajar ilmu perubatan kalau dibandingkan dengan..
apalah susahnya menghafal nama2 tumbuhan kalau dibandingkan dengan..
apalah susahnya mengajar subjek2 di sekolah jenis kebangsaan tamil kalau dibandinkan dengan..

kalau dibandingkan dengan :

"hari pembentangan projek tahun akhir"

susah+chuak+goyang+rasa pitam+terkebil2+tergagap2 = the end






bebelan yang selanjutnya..

Monday, March 9, 2009

air mata


jam 11 pagi..aku mendapat panggilan dari khairudin..

khai: owh, ko kat mane?
ferdaus : aku kat rumah..nape?

khai : ko dtg la HKL skrg..Mubin tgh nazak..
ferdaus : hah?ok..ok..aku dtg skrg..

jam 11.30 pg..aku sampai.. aku pilu melihat keadaan Mubin.. secara tiba2 semua kenangan bersama Mubin dtg berlegar2 di kepala aku..

ya..aku mengaku..aku menangis..

jam 1.50 tgh hari..Mubin semakin nazak.. ada 3 doktor dan 4 nurse bergilir2 memberi CPR..

namun ajal maut ditangan Allah al-Karim.. jam 2.20 tgh hari, 12 RabiulAwal 1430H.. saudara Mubin menghembuskan nafas yang terakhir..

al-Fatihah

arwah mubin:dia sahabat,dia umpama abang


semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
amiinn..

Friday, March 6, 2009

TAG!

saya ingin bercuti di :

sebuah lembah yang nyaman


saya ingin memiliki :

sebuah satria neo 1.6 MT


saya ingin menjadi :

orang berjaya di dunia dan akhirat


dulu saya bersekolah di:

mrsm jeli, uk (ulu kelantan)



movie kegemaran saya :

IP Man


nota kaki : internet lembap..tmnet cakap 5hb akan kembali normal..tp..


Thursday, March 5, 2009

bowling dan WATCHMEN


..........

tadi masa pukul 2100 mr.syawal ajak aku dan mr.syakir untuk bermain boling di times square. katanya diajak oleh rakan beliau sewaktu di mrsm muadzam dulu. dia ada cakap kalau boleh pakai baju merah. sangkaan aku ini mungkin satu acara reunion ataupun apa2 acara yang sedemikian lebih kurang. sampai di ampang superbowl times square, mak nenek terkejut beruk aku dan mr.syakir bile tengok satu boling di dipenuhi oleh orang yang pakai baju merah. aku dah syak sesuatu..ini bukanlah reunion. maka di situ berlakulah siri penyiasatan apakah agenda di sebalik 'bermain boling' beramai2 tu.. dan hasil siasatan telah pun diperolehi. sebenarnya..acara itu adalah..jeng jeng jeng..

" satu agenda yang telah memperkotak katik kan kami untuk join direct selling aka MLM"

sejurus itu mr.ferdaus,mr.syawal dan mr.syakir menyumpah seranah dan terus blah...


hampa dengan situasi hitam itu, kami mengambil keputusan untuk menonton wayang midnite..dan kami sedikit hepi bile cerita Watchmen akan ditayangkan jam 0010 nnt. kami penuh bersemangat sanggup menunggu 2 jam untuk menonton Watchmen. sambil menunggu, kami melakukan sedikit amal jariah bagi pihak israel dengan menjamu selera di McDonalds..nyum nyum..cicah sos sama je mcm cicah darah kanak2 palestin..

wayang pun start..starting die memang gempak habis..dengan stail efek lawan2 mcm dalam filem 300, memang teruja kami untuk terus menonton..namun dengan durasi filem hampir mencecah 3 jam..kelihatannya jalan cerita semakin meleret-leret..ditambah pula dengan adegan2 yang lucu tahap siput. kami tak tahu samada nak gelak atau marah..so demikian kami hanya terkesima sambil berkata dalam hati :


"orang bodoh je tengok cite ni"


watchmen:kumpulan legasi superhero sampah


sekian..

nota kaki : jalan cerita watchmen memang sampah, tp efek CGI boleh tahan.

..............

Wednesday, March 4, 2009

ke manakah duet loan sy pegi?

................

road tax moto : rm150
sewa rumah+astro+streamyx+air+letrik : rm230
centrum multivitamin : rm 59.90
hutang kakak : rm300
kutu : rm150
---------------------------------------------------------
jumlah : rm889.90
---------------------------------------------------------

beliau paksa en.ferdaus makan ni utk jd lebih gemok



nota kaki :mungkin en.ferdaus terpaksa makan nasi lauk sardin bilis lg.. :(


.................